Gossip Terkini :




Raya Tak Jadi (2011)


Plot: 
Leo seorang ahli perniagaan Kurma telah merancang untuk menculik Penyimpan Mohor Besar Raja raja, Hj Ehsan (lakonan Jalaludin Hassan). Dia merancang begitu sebab kontena kurmanya tidak sampai seperti yang diharapkan dan dia mengalami kerugian. Jadi Leo telah mengarahkan pekerjanya Ali dan Abu menculik Hj Ehsan. Mereka berjaya menculik Hj Ehsan tapi tertukar teksi dengan teksi Shuib (lakonan Apek saiful).

Shuib ada seorang adik namanya Bob (lakonan Johan raja lawak) mereka berdua telah terjumpa Hj Ehsan dalam boot teksi yang disangka mayat Hj Ehsan. Namun akhrnya mereka sedar Hj Ehsan tidak mati lagi.
Abu dan Ali kemudian berjaya menjejaki teksi Shuib dan mereka mula merancang dan menculik ibu dan adik Shuib. Leo meminta wang tebusan dari Hajah Nisah (lakonan Noreen Noor) sebelum melepaskan ibu dan adik Shuib. Polis berjaya memberkas Leo dan pekerjanya semasa mereka bertukar wang dan tebusan.

Bila hari raya tiba, Shuib dan ibu serta adik beradik rasa sedih sebab mereka ni orang kurang berada, persiapan raya pulak tetap sama macam tahun2 lepas, dan serba kekurangan. Namun sambutan raya kali ni bertukar jadi meriah apabila Hj Ehsan dan keluarga datang menziarahi mereka dan membawa pelbagai hadiah sebagai membalas jasa baik Shuib dan Bob yang telah berjaya menyelamatkan dia. Shuib dan Bob akhirnya menjadi pekerja Hj Ehsan




Share this article :
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Watch Movie Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger